-->
perniagaaniks.blogspot.com

Pages

  • Home
  • PENGENALAN IKS
  • PAUTAN
  • VIDEO PRODUK
  • BULETIN IKS
  • DIREKTORI IKS

Friday, 7 September 2012

Pertumbuhan Sektor Perkilangan dan Peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia Moha Asri Hj. Abdullah


Moha Asri Abdullah, PhD (London) ialah Pensyarah di Pusat Pendidikan Jarak Jauh dalam bidang Pembangunan Industri
Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS.Lebih penting, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini.Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.Dewasa ini sumbangan IKS semakin terserlah dan ini dapat dilihat dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap. Pada tahun 1994 misalnya, IKS terdiri 84.1% dari jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia.IKS juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap.Lebih penting daripada peratusan perangkaan di atas ialah peranan sebenar yang dimainkan oleh IKS dalam pertumbuhan sektor perkilangan dan keseluruhan pembangunan ekonomi negara.Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.Rencana ini cuba mendedahkan hubungjalin antara pertumbuhan sektor perkilangan dengan perkembangan IKS di Malaysia. Penekanan utama akan diberikan terhadap sumbangan penting IKS kepada pertumbuhan sektor perkilangan dan perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Posted by perniagaaniks at 02:18
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (18)
      • LAGI PAPARAN VIDEO IKS KAMI PAPARKAN.....       ...
      • PRODUK USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
      • PERTANIAN
      • MINYAK
      • PERKHITMATAN DOBI
      • PERABOT
      • PEMBINAAN(KONTRAKTOR)
      • PELANCONGAN
      • PAKAIAN
      • KOSMESTIK
      • FARMASI
      • BARANGAN ELETRIK
      • ALAT TULIS
      • Pertumbuhan Sektor Perkilangan dan Peranan Industr...
      • Membuka Peluang Pekerjaan
      • Tabungan dalam Ekonomi dan Pengagihan Pendapatan
      • Latihan kepada Pekerja
      • Memperkukuhkan Asas Industri Negara dan Hubungjali...
    • ►  August (1)

My Blog List

  • INDUSTRI KECIL SEDERHANA
    #10 Kontraktor Maslina
    12 years ago
  • Entrepreneur
    SPEC-R AUTO PARTS SDN BHD
    12 years ago
  • iks
    Selamat Datang :D
    12 years ago
  • iks batu pahat
    PRO SMART ENGINEERING
    12 years ago
  • Industri Kecil & sederhana
    INDUSTRI KECIL & SEDERHANA ( IKS )
    12 years ago
  • DIREKTORI IKS DAERAH BATU PAHAT
    Pengusaha Terkemuka
    12 years ago
  • usinessblog3daa.blogspot.com

Followers

IKS

IKS
PERNIAGAAN KEUSAHAWANAN

IKS

IKS

IKS

IKS

LOGO HALAL MALAYSIA

LOGO HALAL MALAYSIA

LINK TO PREVIEW

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments
videokeman mp3
One Thing – One Direction Song Lyrics
Picture Window theme. Powered by Blogger.