-->
perniagaaniks.blogspot.com

Pages

  • Home
  • PENGENALAN IKS
  • PAUTAN
  • VIDEO PRODUK
  • BULETIN IKS
  • DIREKTORI IKS

BULETIN IKS

Terdapat beberapa buletin yang dapat kami kongsi bersama:

Usahawan IKS Anjur Kursus Pembuatan Kek dan BiskutMinimize

Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin20 Ogos 2008

Picture 019.jpg
(Kanan) Ishak Bergambar Bersama Peserta Kursus Di Bengkel Milik Beliau
RENYUK 20 OGOS 2008 – Seramai 20 orang dari Kampung Seting, Renyuk telah mengikuti Kursus Membuat Biskut dan Kek dekat sini, hari ini.
Kursus tersebut di anjurkan bersama oleh Bengkel IKS yang dimiliki oleh Ishak Abu Hanifah bersama isteri, dan Pejabat RISDA.
Kursus ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu penduduk meningkatkan sumber pendapatan mereka.
“..inilah yang kita usahakan..kursus ini diharap dapat memberi pengetahuan tentang cara-cara pembuatan kek dan biskut”
“ia secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan baru dan sekaligus dapat meningkatkan sumber pendapatan keluarga mereka”
“saya mahu membantu penduduk kampung dengan lebih baik lagi” tambah Ishak sewaktu ditemui dekat sini.


80 peratus kemalangan industri babitkan IKS

19/09/2012 - 14:46:24 PMCetakEmel Kawan


PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada kemalangan industri yang dicatatkan di negara ini membabitkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS), kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr Johari Basri.

Bagi mengurangkan jumlah itu, beliau berkata kerajaan menyediakan pakej inisiatif baru bagi IKS iaitu "SME Compliance Support" bagi membantu IKS meningkatkan daya saing mereka melalui penerapan dan peningkatan tahap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"IKS ini kebanyakannya kurang tenaga dan kurang sumber, kalau kita pergi ke tempat mereka dan dapati tidak memenuhi syarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kita saman atau ambil tindakan undang-undang, tutuplah syarikat mereka.

"Melalui inisiatif ini, kita akan bantu mereka untuk mengenal pasti langkah keselamatan yang boleh diambil dan tidak mahal bagi memastikan mereka boleh meningkatkan tahap keselamatan pekerja tanpa menjejaskan kedudukan kewangan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata, inisiatif itu dilakukan melalui beberapa aktiviti iaitu Pintu-ke-Pintu, Perkhidmatan Promosi Bergerak IKS melalui enam unit van yang disediakan, dan "Umbrella Project", yang lebih tertumpu kepada penerangan dan khidmat nasihat melalui persatuan majikan.

Sehingga September lalu, sebanyak 42,657 kes kemalangan industri dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang membabitkan 876 kes kematian dan 11,366 kes hilang upaya kekal dengan 13,186 kes atau 30.9 peratus dicatatkan dalam industri pembuatan.

Johari berkata, 30 peratus daripada jumlah kemalangan itu berlaku ketika dalam perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, terutama ketika pulang dari tempat kerja, dan kebanyakannya membabitkan mereka yang menaiki motosikal.
Smbil menyatakan trend itu semakin membimbangkan, beliau berkata kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk PERKESO dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diadakan.

"Ia bagi menjalankan kempen kesedaran dan latihan cara pemanduan berhemah bagi pekerja industri, selain memberi penerangan tentang aspek keselamatan," katanya. - BERNAMA

Suami Isteri Usahawan IKS Berjaya di Parlimen JeliMinimize

Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin07 Julai 2009

IMG_5649.JPG
Ishak dan Aminah menunjukkan produk rempeyek, kerepak dan kuih raya yang diusahakannya.
SETING 07 JULAI 2009 – Bermodalkan RM100 membeli peralatan membuat kuih kini siapa sangka pasangan suami isteri, Ishak Abu Hanipah, 42 dan Aminah Ismail, 39, memperolehi pendapatan bersih empat angka sebulan hasil kegigihan membangunkan produk Industri Kecil dan Sederhana(IKS).
Berbekalkan modal, bantuan serta bimbingan RISDA dan Jabatan Pertanian pada tahun 2007 sebuah kedai berharga RM50,000 di buka untuk mengembangkan potensi perniagannya.
Pelbagaikan produk di usahakan antaranya kuih raya, kerepek dan rempeyek yang cukup di kenali ramai.
Aminah berkata, faktor kejayaannya pada hari ini merupakan hasil usaha gigihnya dalam membina kehidupan yang lebih sempurna.

“Dahulu kami hidup dalam kesusahan dan amat terdesak untuk meneruskan kehidupan, semua kerja di lakukan, hasil menoreh getah merupakan pendapatan utama kami sekeluarga di samping tambahan pendapatan suami menjual produk jualan langsung.
“Lebih menggembirakan, produknya turut mendapat permintaan daripada pasar raya MYDIN, namun kelengkapan mesin membataskan produknya untuk memasuki pasaraya itu selain kekurangan tenaga kerja.
Katanya lagi, semua itu tidak membantutkan perniagaannya, perkara yang perlu diutamakan ialah usaha dan tekad perlu diteruskan di mana-mana sahaja ada rezeki, kita perlu yakin.
“Jika ada rezeki lebih saya dan suami akan membesarkan perniagaan ini, menembusi pasaran luar adalah objektif utama kami di samping usaha untuk membantu penduduk-penduduk kampung membina peluang pekerjaan.
“Kejujuran sangat di perlukan dalam diri kita di sampang usaha dan semangat kuat,”kata Aminah mengakhiri perbualan.
Aminah berkata, faktor kejayaannya pada hari ini merupakan hasil usaha gigihnya dalam membina kehidupan yang lebih sempurna.

“Dahulu kami hidup dalam kesusahan dan amat terdesak untuk meneruskan kehidupan, semua kerja di lakukan, hasil menoreh getah merupakan pendapatan utama kami sekeluarga di samping tambahan pendapatan suami menjual produk jualan langsung,”katanya.
Buletin
Kem Kepimpinan dan Keusahawanan
Wednesday, 15 February 2012 02:59
  
Pada 10-12 Februari 2012, Pusat Komuniti Permata Perkasa@remaja telah menganjurkan 
Kem Keusahawanan dan Kepimpinan. Program ini telah dijalankan di Kalumpang Resort
 & Training Centre, Hulu Selangor dengan jumlah peserta seramai 64 orang, 33
 perempuan dan 31 lelaki beserta 6 orang fasilitator. Peserta-peserta yang dipili
h berumur di antara 13 hingga 25 tahun dari kawasan kajian rintis PERKASA di Lembah
 Pantai, Kuala Lumpur.
Tujuan utama kem ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan jati diri peserta serta tahap 
kepimpinan mereka. Disamping itu, untuk memperkenalkan kepada peserta kepada
 peluang-peluang yang wujud dalam bidang keusahawanan terutama dalam Industri Kecil
 & Sederhana (IKS).
Pada hari pertama peserta diberi taklimat oleh fasilitator mengenai peraturan dan undang
-undang sepanjang berada di kawasan tersebut. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada
 enam kumpulan dimana kumpulan ini dibentuk bagi memudahkan perjalanan setiap aktiviti
. Pada sebelah malamnya peserta disediakan dengan aktiviti berjalan malam dan ianya
 selesai sekitar jam 2.00 pagi.


Pada hari kedua, setelah selesai solat subuh secara berjemaah dan senaman pagi, peserta
 telah disediakan dengan taklimat ringkas mengenai peluang-peluang yang ada dalam IKS.
 Taklimat ini telah disampaikan oleh seorang usahawan IKS iaitu Tn. Haji Idris bin Yusof 
dari Zaimah Food Industries. Setelah selesai mendengar taklimat, peserta dibawa untuk
 melawat beberapa tapak IKS yang ada berhampiran dengan kawasan tersebut. Antara
 tempat yang sempat dilawati adalah tempat membuat roti canai segera dan tempat
 membuat hulu dan sarang keris/parang.
Pada sebelah petangnya peserta kembali ke resort dan mengikuti program Cetus
 Ilham. Aktiviti ini mengajak peserta berkumpul dan berbincang tentang jenis perniagaan
 yang akan mereka lakukan suatu masa nanti. Seusai itu, aktiviti yang paling dinantikan 
oleh setiap peserta iaitu merentas sungai. Pada sebelah malamnya pula, peserta
 disajikan dengan aktiviti muhasabah diri yang dikendalikan oleh fasilitator.
Hari terakhir, peserta disediakan dengan aktiviti jungle tracking yang mana aktiviti
 ini adalah untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Tepat jam
 1230 tengah hari telah berlangsungnya acara penutupan majlis yang telah
 disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Prof.
 Dr. Samsudin A. Rahim.
Melalui kem ini, apa yang dapat disimpulkan ialah program seperti ini sangat baik 
untuk terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Ianya dilihat bukan hanya 
dapat membentuk jati diri peserta malahan dapat mendidik mereka untuk lebih 
bertanggungjawab serta memupuk semangat setia kawan dalam kalangan
 para peserta. Aktiviti keusahawanan yang disediakan juga turut membantu membuka
 ruang kepada mereka dalam memenuhi hasrat untuk menjadi usahawan pada masa akan
 datang. InsyaAllah.

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (18)
      • LAGI PAPARAN VIDEO IKS KAMI PAPARKAN.....       ...
      • PRODUK USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
      • PERTANIAN
      • MINYAK
      • PERKHITMATAN DOBI
      • PERABOT
      • PEMBINAAN(KONTRAKTOR)
      • PELANCONGAN
      • PAKAIAN
      • KOSMESTIK
      • FARMASI
      • BARANGAN ELETRIK
      • ALAT TULIS
      • Pertumbuhan Sektor Perkilangan dan Peranan Industr...
      • Membuka Peluang Pekerjaan
      • Tabungan dalam Ekonomi dan Pengagihan Pendapatan
      • Latihan kepada Pekerja
      • Memperkukuhkan Asas Industri Negara dan Hubungjali...
    • ►  August (1)

My Blog List

  • INDUSTRI KECIL SEDERHANA
    #10 Kontraktor Maslina
    12 years ago
  • Entrepreneur
    SPEC-R AUTO PARTS SDN BHD
    12 years ago
  • iks
    Selamat Datang :D
    12 years ago
  • iks batu pahat
    PRO SMART ENGINEERING
    12 years ago
  • Industri Kecil & sederhana
    INDUSTRI KECIL & SEDERHANA ( IKS )
    12 years ago
  • DIREKTORI IKS DAERAH BATU PAHAT
    Pengusaha Terkemuka
    12 years ago
  • usinessblog3daa.blogspot.com

Followers

IKS

IKS
PERNIAGAAN KEUSAHAWANAN

IKS

IKS

IKS

IKS

LOGO HALAL MALAYSIA

LOGO HALAL MALAYSIA

LINK TO PREVIEW

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments
videokeman mp3
One Thing – One Direction Song Lyrics
Picture Window theme. Powered by Blogger.