-->
perniagaaniks.blogspot.com

Pages

  • Home
  • PENGENALAN IKS
  • PAUTAN
  • VIDEO PRODUK
  • BULETIN IKS
  • DIREKTORI IKS

PENGENALAN IKS





PENGENALAN IKS
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau industri yang bertaraf tempatan dan skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. Mengikut Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), sebuah syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.
Secaranya umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pegurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
Perkara yang sering diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada orang ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar. Ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS. Apabila IKS menggunakan jumlah kapital yang jauh lebih rendah berbanding dengan firma besar, jumlah dan bilangan pekerja secara langsung lebih ramai bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Kelebihan dalam kaedah pengeluaran ini ialah mereka dapat mengurangkan atau meminimakan kos pengeluaran dan seterusnya bersaing dengan firma-firma lain di pasaran terbuka.
Hal ini demikian jelas membayangkan bahawa IKS menjadi sumber utama kepada jumlah tabungan dan simpanan negara. Sekiranya jumlah modal dan sumber kewangan tersebut tidak dilaburkan dan digunakan dalam IKS, berkemungkinan besar ia akan digunakan untuk perbelanjaan keperluan yang lain. Justeru itu, penubuhan dan kegiatan industri kecil dari segi ekonomi menggalakkan kadar simpanan dan tabung ekonomi. Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar simpanan penduduk dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi. Selain itu, sumber-sumber bahan mentah yang digunakan oleh IKS seperti mesin, peralatan, pejabat dan bangunan juga membantu ke arah meningkatkan tabung simpanan negara. IKS, dalam konteks juga, boleh mengurangkan kadar pembaziran yang berlebihan.
Peranan IKS sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat dipertikaikan lagi.Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat membinan latihan dan pengetahuan yang berguna mengenai selok-belok operasi perniagaan dan bergantung hidup kepada perniagaan tersebut. Selain itu, sebahagian besar pengusaha dan pekerja dalam IKS mempunyai taraf pendidikan yang rendah, ini jelas jika dibandingkan dengan para pengurus dan pekerja di dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain.
Majoriti hanya memiliki kelulusan peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia.Dengan adanya taraf kelulusan yang ada pada mereka, sukar sekali bagi mereka mendapatkan gaji yang tinggi dan lumayan sebagai pengurus, pentadbir, akauntan, jurutera dan lain-lain di sektor awam mahupun swasta. Dengan taraf kelulusan formal yang rendah juga amat sukar bagi mereka mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan dalam firma besar dan syarikat antarabangsa. Bagaimanapun, pengusaha dan pekerja seperti ini dapat berkecimpung dalam IKS.

                                                CIRI-CIRI IKS



                                                  MASALAH IKS

                                      CARA MENGATASI MASALAH
                        FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN IKS
Ø                                Sudut Teknologi
v  Pengusaha IKS menggunakan teknologi untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak pengguna serta mendapatkan keuntungan dan pendapatan yang lebih lumayan. Selain itu, penggunaan teknologi juga merupakan faktor penting dalam membezakan produk dan juga penentu kepada kejayaan dan kualiti produk IKS. Sebagai contoh pengusaha IKS mampu untuk mengetengahkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa serta dapat meneroka  pasaran baru dengan kos yang minimum.Tambahan lagi, aplikasi teknologi yang membolehkan IKS meningkatkan kualiti produk dan jumlah pengeluaran ialah melalui penggunaan mesin.
v  Penggunaan mesin yang lebih efektif dan menjimatkan masa dapat menghasilkan  sesuatu proses  dengan cepat serta mampu menghasilkan jumlah pengeluaran produk dalam kuantiti yang banyak. Penggunaan teknologi maklumat, pengusaha IKS dapat mengakses maklumat dari masa ke semasa berkaitan  perniagaan dengan lebih meluas. Disamping itu, dapat  melahirkan  idea – idea yang lebih kreatif serta kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk memperbaiki operasi perniagaan .Selain itu, IKS mampu meluaskan pasaran ke serata dunia dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos promosi dan pengiklanan.
v  Dengan cara sebegini pelanggan dengan lebih dekat lagi tanpa perlu bersemuka dimana pelanggan  boleh juga membuat tempahan. Dalam usaha untuk mempromosikan produk dengan menggunakan laman sosial seperti facebook, myspace,tagged dan lain –lain. Dengan laman web juga maklumbalas dapat diterima dengan cepat melaui e-mail atau ruangan maklumbalas yang telah disediakan. Oleh itu, pengguna boleh mengemukakan idea dan komen dalam ruangan atau e-mail, hal ini membolehkan pengusaha IKS sentiasa peka dengan kehendak dan permintaan  pasaran dari masa ke semasa.




Ø                             Sudut Kerajaan
v  Bagi memastikan IKS terus berdaya maju, pelbagai langkah turut diatur oleh kerajaan untuk membantu IKS meningkatkan kejayaan mereka. Sesebuah IKS akan maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Selain itu, kerajaan terus memainkan peranan dalam membangunkan IKS menerusi pelbagai program dan aktiviti. Kursus dan latihan yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja bagi memastikan IKS memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan terutamanya dari segi pengurusan.Agensi yang terlibat dalam kursus dan latihan ini kebiasaanya pihak TEKUN dan MARA. Tambahan lagi, kerajaan turut menawarkan khidmat nasihat perniagaan yang komprehensif kepada IKS supaya IKS mendapat khidmat nasihat yang berkualiti tinggi dan lebih baik. Antara agensi yang terlibat ialah SMIDEC, MARDI dan MARA. Dengan cara sebegini dapat melahirkan pengusaha IKS yang lebih bermotivasi dalam menjalankan perniagaan serta dapat menghasilkan idea yang lebih kreatif untuk diaplikasikan dalam perniagaan pada masa depan. Bagi membantu pengusaha IKS, kerajaan turut mengadakan kempen yang bermatlamat untuk mempromosikan dan memperkukuhkan kepentingan jenama IKS. Sebagai contoh, pengusaha dapat mempromosikan jenama keluaran mereka melalui iklan –iklan di internet, radio, surat khabar, kain rentang dan sebagainya.


Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

3 comments:

  1. Equity Capital Loans15 March 2016 at 17:59

    Adakah Anda Perlu Kewangan Pinjaman Segera?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda.
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapat wang.
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%.
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun).
    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    ================================
    Nama: Nama ........... ........: ...............
    Hubungi Alamat: .................
    Negara: ............ .... Umur: ..........
    Seks: ......... ............. Nombor Telefon: ..............
    Status: ....... ............ Pekerjaan: ...............
    kedudukan: ................ Pendapatan bulanan: ..............
    Jumlah Pinjaman: Tujuan ........ Pinjaman: ............
    jangka masa: ....................
    Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ................
    Anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
    sila mengisi dan menghantar borang ini untuk :.
    E-mel: homeofequity@gmail.com
    Laman Web: www.equitycapital5.webnode.com
    Yang ikhlas,
    Nicolas Payne
    Modal ekuiti

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. "ISKANDAR LENDERS"25 October 2018 at 09:29

    Apakah Anda seorang pria atau wanita bisnis? Apakah Anda dalam kekacauan keuangan atau apakah Anda memerlukan dana untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memulai Skala Kecil dan usaha menengah yang baik? Apakah Anda memiliki skor kredit yang rendah dan Anda kesulitan mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal dan lembaga keuangan lainnya ?. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B}
    WhatsApp Only: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami, Tujuan utama kami adalah untuk membantu Anda mendapatkan layanan yang layak Anda dapatkan, Program kami adalah cara tercepat untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan dalam sekejap. Kurangi pembayaran Anda untuk mengurangi beban pada pengeluaran bulanan Anda. Dapatkan fleksibilitas yang dapat Anda gunakan untuk tujuan apa pun mulai dari liburan, pendidikan, hingga pembelian unik. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B} WhatsApp Only :: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Keuangan Komersial dan Pengembangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Pembiayaan Rumah dengan tingkat bunga rendah sebesar 1,00% per annul untuk perorangan, perusahaan dan badan perusahaan. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    WhatsApp Only :: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Радомир Эра2 January 2020 at 20:11

    Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (19)
    • ▼  September (18)
      • LAGI PAPARAN VIDEO IKS KAMI PAPARKAN.....       ...
      • PRODUK USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
      • PERTANIAN
      • MINYAK
      • PERKHITMATAN DOBI
      • PERABOT
      • PEMBINAAN(KONTRAKTOR)
      • PELANCONGAN
      • PAKAIAN
      • KOSMESTIK
      • FARMASI
      • BARANGAN ELETRIK
      • ALAT TULIS
      • Pertumbuhan Sektor Perkilangan dan Peranan Industr...
      • Membuka Peluang Pekerjaan
      • Tabungan dalam Ekonomi dan Pengagihan Pendapatan
      • Latihan kepada Pekerja
      • Memperkukuhkan Asas Industri Negara dan Hubungjali...
    • ►  August (1)

My Blog List

  • INDUSTRI KECIL SEDERHANA
    #10 Kontraktor Maslina
    12 years ago
  • Entrepreneur
    SPEC-R AUTO PARTS SDN BHD
    12 years ago
  • iks
    Selamat Datang :D
    12 years ago
  • iks batu pahat
    PRO SMART ENGINEERING
    12 years ago
  • Industri Kecil & sederhana
    INDUSTRI KECIL & SEDERHANA ( IKS )
    12 years ago
  • DIREKTORI IKS DAERAH BATU PAHAT
    Pengusaha Terkemuka
    12 years ago
  • usinessblog3daa.blogspot.com

Followers

IKS

IKS
PERNIAGAAN KEUSAHAWANAN

IKS

IKS

IKS

IKS

LOGO HALAL MALAYSIA

LOGO HALAL MALAYSIA

LINK TO PREVIEW

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments
videokeman mp3
One Thing – One Direction Song Lyrics
Picture Window theme. Powered by Blogger.